Friday, August 29, 2008

ISTIMEWANYA RAMADAN

Oleh kerana Ramadan hanya datang setahun sekali, sedangkan rahmatnya amat besar, marilah kita berlumba-lumba memperbanyakkan ibadah padanya. Saya suntingkan di sini beberapa hadis berkenaan dengan keistimewaan Ramadhan sebagai tatapan bersama;
”Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan menutupi dosa-dosa yang dilakukan asal saja menjauhi dosa-dosa-besar.”

”Telah diberikan kepada umatku kelebihan di bulan Ramadhan lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat terdahulu; 1. Pada permulaan Ramadhan, Allah melihat umatku dan sesiapa yang Allah melihat kepadanya, ia tdak akan diazab selama-lamanya; 2. Bau mulut mereka di petang hari lebih wangi dari bau kasturi di sisi Allah; 3. Para malaikat memohon ampun kepada mereka di setiap hari dan malam; 4, Allah memerintahkan syurga dengan firman-Nya; ”Bersiap-siaplah kamu untuk menyambut hamba-hamba-Ku, mereka hampir beristirehat dari kepayahan dunia dan menuju ke negeri-Ku dan kemuliaan-Ku; 5. Pada akhir malam Ramadhan, Allah mengampuni semua dosa mereka.”

”Sekiranya manusia mengetahui kebajikan yang terkandung di bulan Ramadan, nescaya mereka mengharapkan Ramadan berlaku di sepanjang tahun”.

Begitulah mulianya bulan Ramadan...

No comments: