Monday, August 25, 2008

PORT DICKSON- 3 JAM BERENDAM

Jam 11.00 pagi kami sekeluarga bertolak ke PD dengan tujuan menghabiskan masa dan berseronok dengan anak-anak di PD. Lama juga tidak berkesempatan ke PD mandi manda dengan anak-anak, dan terlebih afdal pada musim cuti sekolah ini. Tiba kira-kira jam 1.45 tengah hari dan terus mencari masjid. Tersua masjid Lama Teluk Kemang yang berdiri sejak 1945 lagi. Walaupun kecil tetapi itulah rakaman sejarah anak bangsa di Teluk Kemang, siap dengan foto klasik majlis perasmian masjid berkenaan. Hebat.

Selesai solat jamak dan qasar, kami ke pantai dan anak-anak menaiki kereta kuda sebelum terus berendam di Selat Melaka biarpun dalam kepanasan. Puas bermain, Ibrahim minta nak naik bot, dan kami anak beranak naik bot dan 'bot pisang' moga terhibur anak-anak bersama keluarga.

Lewat jam 5 baharu kami ketemu jiran kami, En Talib dan famili yang datang kerana ada majlis kenduri tahlil di rumah abangnya di sini. Selepas 3 jam berendam, kami berangkat keluar mencari makan di kedai mamak. Kata si mamak itu, saya hijrah ke Malaysia 5 tahun sebelum merdeka dan hingga kini masih lagi jadi penggoreng mi. Hebat.

Malamnya kami ke kenduri tahlil di rumah En Suhaimi abang si Talib. Tahlil dan yasinnya terpaksa saya yang kemudikan kerana ustaz-ustaz di situ semuanya pulang ke kampung bercuti! Nasib baik saya pakai baju melayu, jika tidak tak kena majlis langsung.. Pulang ke Segamat tiba jam 1.00 pagi.

No comments: