Malam nisfu Syaaban di Surau Taman Yayasan disambut sederhana. Yasin dibaca sekali sahaja, walaupun ada yang minta dibacakan 3 kali. Alasan saya, perkara ini bid'ah dan sambutan ini sendiri pun sudah bid'ah.. tetapi benda yang baik elok diteruskan juga.. Cuma kalau dah baca 3 kali yasin, tentunya kemalasan dan kejemuan kalangan jemaah.. Ibadah jangan sampai jemu, biar sedikit tetapi ikhlas dan sabar, itu lebih baik hasilnya.
Doanya sahaja dibacakan 3 kali, dan diulang-ulang dengan terjemahannya agar mudah difahami.
Awal paginya pula berlaku gerhana bulan kira-kira jam 3.45 pagi, tetapi saya tidak terjaga seawal itu... Siapa yang ada di surau ye?
No comments:
Post a Comment