Friday, August 29, 2008

SYARAT SAH PUASA

Di dalam ibadah, ada perkara pantang larang dan perlakuan yang mesti dijaga semoga ibadah yang dilakukan dikira sah dan diterima Allah. Syarat sah puasa seperti berikut;

1. Seorang Islam, puasa seorang yang bukan islam adalah tidak sah walaupun dia menahan makan dan minum sepanjang hari. Begitu juga orang yang murtad adalah terbatal puasanya.
2. Mumaiyyiz; iaitu mereka yang telah dapat membezakan antara kebaikan dan keburukan iaitu kanak-kanak sekitar enam tahun ke atas. Oleh itu kanak-kanak yang belum memahami erti baik dan buruk adalah tidak sah puasanya.
3. Bagi mereka yang pitam atau mabuk ( yang tidak disengajakan) masih sah puasanya jika masih siuman iaitu mengerti ehwal sekelilingnya. Adapun mereka yang gila akan batal puasanya walaupun sebentar.
4. Mereka yang tidur tidak akan membatalkan puasanya walaupun ia tidur sehari suntuk kerana ia masih ada ingatan. Perbuatan ini adalah makruh (tidak disukai oleh agama)

5. Suci daripada haid dan nifas untuk tempoh sepanjang hari berpuasa.
6. Berniat di malam hari. Sekurang-kurang niatnya ialah meniatkan berpuasa Ramadhan besok hari. Sesetengah ulama berpendapat, memadai niat dengan makan sahur, kerana dengan bersahur itu adalah tanda ia ingin berpuasa.
7. Menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa.

No comments: