Friday, August 29, 2008

RUKYAH

Rukyah atau melihat anak bulan adalah amalan Rasul saw dan para sahabat untuk menentukan tarikh mula puasa dan tarikh hari raya. Rasulullah menentukan tarikh mula berpuasa ialah setelah melihat anak bulan, begitulah juga dengan berhari raya. Dalam perkembangan semasa, terutamanya negara sebelah Asia Tengara, fenomena langit tidaklah secerah langit di kawasan Timur Tengah. Oleh itu, melihat anak bulan seringkali tidak kelihatan kerana diliputi awan. Dari sini timbul pelbagai telahan apabila masyarakat mempersoalkan autoriti dan kemampuan ahli falak kita.

Sebenarnya perkara ini tidak timbul lagi. Dalam kepesatan teknologi yang ada, kita mampu melihat arah pergerakan anak bulan dengan tepat mengikut perkiraannya. Ahli falak sebenarnya melihat dengan tepat sasaran peredaran anak bulan dari mula terbit hinggalah ia terbenam. Tetapi kadang kala awan tebal maliputi orbit pergerakan anak bulan, menyebabkan anak bulan tidak kelihatan.

Dalam hal ini, ulama falak Islam sependapat untuk menentukan tarikh mula puasa mengikut kiraan dari ijtimak anak bulan dengan matahari dan bumi. Perkiraan yang diterima pakai ialah selepas dari lapan jam dari tarikh mula ijtimak. Sekiranya pada hari melihat anak bulan, dan anak bulan tidak kelihatan, sedangkan perkiraan ijtimaknya sudah melebihi lapan jam, maka ulama mengistiharkan hari berikutnya sebagai tarikh mula puasa.begitulah juga kaedahnya menentukan tarikh hari raya.

Rukyah dan falak diguna dan digabungjalinkan sekali seperti apa yang diamalkan di Malaysia. Maksudnya kita gunakan falak untuk menentukan perjalanan bulan matahari, dan rukyah - melihat anak bulan - masih juga kita gunakan/kita tengok di puncak bukit atau menara... Cuma masalah kita di nusantara ini awan kita kelabu dan anak bulan memang sukar utk dilihat. oleh itu ketetapan dibuat ialah jika anak bulan itu berusia 8 jam atau lebih, maka kita kira esoknya adalah bulan baru (utk puasa atau raya).
Masalah ini memang gawat dahulunya kerana ketetapan spt ini belum diputuskan. Tapi sekarang sepatutnya ia tidak lagi menjadi masalah.
Kita disunatkan melihat anak bulan - rukyah - dan tentunya utk mendapat rukyah yang tepat perlu berpandukan falak.
Oleh itu, seharusnya tidak timbul lagi sebarang keraguan dengan ketetapan yang diistiharkan oleh Majlis Raja-Raja mengenai tarikh awal puasa dan tarikh hari raya. Kita seharusnya mengakui dan mengiktiraf pandangan ulama falak yang pakar dalam dalam bidang mereka.

No comments: