"Askm ustz, sys org mhsiswi uitm.. sy skrg bhdpn dgn situasi rasa bersalah. Sbnrnya sy tinggal srumah ng 5 org rakan2 non muslim & hnya 3 org termasuk sy shj yg muslim.. msalahnya, boleh tak kami yang muslim ni berkongsi sudu, cwn, piring, mknn ngn kwn2 yg bkn muslim? 012-829450x 11/8/08 2338
Saya nyatakan; Tiada salahnya tinggal bersama mereka. Malah inilah ruang terbaik membuktikan Islam agama yang praktikal, toleran dan menghormati orang dan agama lain. Berkongsi sudu garpu dan alatan memasak mahupun berkongsi makanan tidak menjadi apa-apa kesalahan asalkan mereka tidak membawa makanan yang tidak halal. Bukankah jasad manusia (muslim dan non muslim) adalah bersih dan tidak dianggap najis.
Hehe..ok ustz tma kasih byk2. Sgla persoalan sudah terjawab. Tq. Aslmkm. 012-829450x 12/8/08
Soal batasan aurat yang sebenarnya menjadi perbahasan ulama. Pada saya dalam waqie Malaysia, keharusan membuka tudung atau mendedah rambut di hadapan non-muslim serumah/sebilik tidak menjadi masalah kerana uruf di Malaysia menggambarkan tiada timbulnya fitnah pada perkara itu.
Saya pertimbangkan pendapat ini berpandukan uruf Malaysia dan beberapa pendapat ulama yang membenarkan berbuat demikian, yang mungkin bercanggah dengan pendapat Syafieyah. (Sedangkan Syafie sendiri ada qaul qadim dan qaul jadid)
Wallahuaklam.
No comments:
Post a Comment