Wednesday, August 13, 2008

BIDAN TERJUN

Puan Aluyah (Kaunselor Kanan UiTM) semasa sesi forum di Puncak Perdana menyatakan keseronokannya menjadi bidan terjun. Kenapa? Kerana pada saat itu kita telah membantu orang yang amat memerlukan kita untuk menjayakan program mereka. Saya terfikir; betul juga.. Mungkin pahalanya lebih besar daripada yang lain kerana bidan terjun adalah tugas yang kita tidak rancang, tetapi memerlukan pengorbanan besar. Jihad.

Baru sahaja saya sampai ke rumah dari Puncak Perdana lebih kurang jam 12.00 tghari. Di rumah isteri sibuk menguruskan masak-masak -soto- untuk ceramah kaum ibu yang akan dilangsungkan di rumah saya pada sesi petang nanti. Satu panggilan sudah cukup merubah satu keadaan. Pelajar UiTM dar GPMS mohon bantuan penceramah kerana penceramah dijemput tidak dapat hadir kerana masalah teknikal. Bantuan saya amat diperlukan, dan ceramahnya bermula jam 2.00 petang.

"Salam, ustaz.. sy eza syafiqa dr GPMS.. petang ni tajuk ceramah. Arah tuju seorang pelajar. Kami menjemput 4 buah skolh seramai 134 pelajr dan 9 org guru pengiring.. pelajr upsr.. 012-2521047 10/8/08 1150"

Mohon kebenaran dari isteri, dia kata Ok, pergilah kerana urusan masak memasak pun dah siap dan rakannya, cikgu faiz sedia membantu.

Saya pun buat sedikit tambahan dan pembetulan pada power point untuk bercakap dengan murid darjah 6.. Alhamdulillah sesi petang itu rasanya baik dan mendapat respon kalangan murid.

Sesi saya tamatkan jam 3.30 petang dan pulang ke rumah membantu urusan dapur yang ramai kaum ibu hadir mendengar ceramah kewanitaan... Syukur kerana rumah ini mendapat pahala utk aktiviti berfaedah spt ini...

No comments: