Bertuah kerana pada hari Senin lalu, Prof memberikan saya membaca bukunya yang belum terbit... dan dua tiga hari tersimpan dan ruang malam yang lapang, saya membaca dan menatap helaian demi helaian.. Ulasan saya...
"Berdakwah tidak perlukan sebuah medan lain, selain daripada medan kehidupan yang dilalui pada setiap hari. Dakwah bermula dengan membetulkan niat pada semua perlakuan agar sasaran pendakwah (mad’u) mendapat input yang kita hajatkan. Membaca TDMHE adalah paparan realiti dan praktikal. Realiti kerana kisahnya benar berpijak pada perlakuan sehari-harian, ia tidak disulami dengan ukiran kata-kata indah semata-mata tetapi terpandu pada rasa hati yang jujur dan semangat kebersamaan dengan insan lain. Praktikal kerana ia tinggi dengan keupayaan melakukannya pada semua peringkat dan keadaan. Dakwah adalah suatu yang praktikal, bukan hanya teori berbunga-bunga sedangkan mad’u tidak berupaya melakukan perubahan yang diharapkan. Semalaman menghayati TDMHE begitu mengasyikkan pada tingginya harapan dan impian seorang ketua kepada anak buah mahupun pelajarnya. TDMHE mampu mengukir lembaran baru pada hakikat pengurusan, kepimpinan, kebertanggungjawapan dan dorongan kepada pembaca mencari jalan Allah."
Ahmad Nawawi Yaakob
No comments:
Post a Comment