Indah lagi Gunung Ledang
Sekian lama mereka merindu
Pada hari ini kita satukan..
Pantun yang selalu saya ungkap pada majlis pernikahan yang diadakan, kiranya saya jadi MC le..
Gunung Ledang indah, cantik dan sekian lama teringin benar mendakinya. Tapi setelah 12 tahun di Segamat, saya belum lagi berkesempatan mendakinya. Entah bila?
Isteri saya baru-baru ini berjaya mendaki ke puncak gunung Ledang bersama rombongan Pandu Puteri Sekolahnya; SMK Seri Kenangan... Bila di puncak, dia kirimkan SMS: Abg, ummi dah sampai atas 26 Julai 2008 14:31:11 Perjalanannya begitu tragis kerana membawa pelajar perempuan dan hujan yang melicinkan perjalanan mereka. habis jatuh-jatuh.. Selamat tiba di perkemahan jam 10.00 malam dalam gelap gelita, hanya lampu picit.. begitulah kisahnya. Tahniah.
Kita bila lagi? kalau ada yang berminat, boleh adakan satu xpdc ke sana...
2 comments:
ustaz rasanya, patut "pada hari ini mereka disatukan"
agaknya le...
Ok.. gak tu.. rima tak betul pun..elok gunung tahan, disatukan..
Post a Comment