Monday, September 15, 2008

MENYUSURI LEMBAH IMAN

Menyusuri lembah iman tidak semudah kita berangan menjadi artis, menjadi pemain bola mahupun menjadi superman. Menyusuri lembah iman tidak pula sepayah meruntuhkan sebuah gunung, mendirikan sebuah tugu mahupun membina jambatan emas. Lembah iman hanya perlu diterapkan pada setiap amalan, tingkah laku dan perbuatan yang sehari-hari kita lakukan. Lembah iman hanya perlu diperbetulkan niat yang murni dengan perlakuan atau tindakan yang benar.

Menyusuri lembah iman perlukan kesungguhan. Kesungguhan itu pula berbagai makamnya, berbagai pula dugaan dan rintangan. Bagi kita yang baru melangkah dan berjinak dengan benih iman, kesungguhan itulah yang sukar hendak dikekalkan. Kesungguhan pada tekad dan perbuatan, kesungguhan pada semangat dan ilmu yang perlu dipadukan dalam diri.

Rintangan pula datang silih berganti. Rintangan yang luaran tentunya tidak sukar hendak ditawan berbanding rintangan dan dugaan dalaman. Semakin kita jauh melangkah pada lembah iman, semakin banyak pula dugaan dan rintangan mendatang. Ingat, ia adalah semata-mata untuk menguji kesabaran dan ketabahan kita. Dengan sedikit kesungguhan, Allah akan permudahkan caranya kepada kita untuk melayari lembah iman..

Semoga lembah iman akan melimpahi diri ini pada Ramadan-Mu yang suci. Ya Tuhan...

No comments: