Thursday, September 25, 2008

RUMAH-RUMAH YANG KAMI DIAMI

Berapa buah rumah telah anda diami selama hidup? Tentunya terlalu banyak...
Setelah berkeluarga, sudah lima buah rumah kami diami. Bermula di Taman Sempelang Sembulan dan mendapat anak pertama (Ahmad Afif) sebelum berpindah ke Taman Sempelang Tanjung Aru. Di sini anak kedua dilahirkan, Ain Hanani. Ketika itu saya bertugas di UiTM Sabah manakala isteri, Rashidah menjadi guru di Maktab Sabah. Apabila isteri menyambung pelajarannya digree di UTM Skudai, saya pun menurut jejak berpindah ke Segamat. Shida terus menyambung pelajarannya ke peringkat master.
Saya menjejak kaki ke Segamat pada Januari 1996, berpindah dari UiTM Sabah. Pada mulanya kami tinggal di rumah sewa di Taman Bunga Raya (No4, Persiaran 13), Segamat dan mendapat dua orang anak di situ (Ahmad Zaim dan Ahmad Atifi).
Tahun 2000 kami pergi menunaikan ibadah haji dan pada tahun yang sama kami berpindah ke rumah sendiri di Taman Yayasan. Rumah teres dua tingkat (no 22, 4/20) dibeli atas nama isteri tercinta berhampiran pasar borong (yang dibuka kemudiannya). Bertuah kerana berjiran dengan rakan yang amat prihatin dan baik seperti Kak Maria/Abg Zaid, En Tan, Cikgu Kamal, Cikgu Razali, Kak Siti/Saleh, Azmi, cikgu Ismail/ teacher Arbaiyah dan jiran cina yang lain. Di sini kami mendapat dua lagi cahaya mata, Ain Waznin Nuha dan Ahmad Sufi Al-Hadi yang dipanggil Ibrahim.
Tahun 2007, bulan Julai kami berpindah pula ke rumah lain yang dibeli atas nama saya di no 12 Jalan Bistari 5/10 kelihatannya lebih selesa. Lot rumah banglo ini telah lama kami tengok tetapi masih ragu-ragu hendak membelinya. Terpersona pada awalnya mahu membeli rumah semi-di di Astaka Jaya namun setelah melihat rumah siapnya, kami batalkan niat kerana ia agak kecil. Entah bagaimana, akhirnya kami membeli juga rumah banglo dan agak lewat berurusan untuk menduduki. Hanya setelah ada orang yang berhajat hendak menyewa rumah lama, baharulah kami tergesa-gesa pindah ke rumah sekarang...
Syukur kerana mendapat rumah untuk berteduh.. Tetapi lebih bersykur kerana mendapat rakan dan jiran yang lebih ramai di Taman Yayasan... terutamanya di Surau Al-Muhajirin yang banyak mencorakkan hidup ini.

No comments: