Thursday, September 25, 2008

TADARUS RAKAN MUDA..

Program tadarus rakan muda yang saya anjurjayakan setiap tahun pada Ramadan di Surau Al-Muhajirin Taman Yayasan, kali ini dijayakan bersama Pejabat Belia Daerah Segamat. Semalam 24 Sept, hari pertama tadarus seramai 38 orang peserta rakan muda mengambil bahagian. Ramai yang baru masuk kali pertama dan sebahagiannya yang pernah ikuti pada tahun lepas.

Terharu amat melihat anak-anak datang ke surau untuk bertadarus. Mereka dipecahkan kepada kumpulan kecil dalam 3-5 orang dan ditugaskan membaca juzuk-juzuk terpilih. Bukan tujuan kami untuk mengkhatamkan al-Quran, cuma sekadar untuk membiasakan anak-anak membaca al-Quran dalam konsep tadarus. Setiap peserta akan membaca 3 - 4 ayat sahaja dan digantigilirkan dengan peserta lain.

Walaupun simple dan ringkas programnya, namun melihatkan mata anak-anak yang jernih dan ikhlas, tersentuh hati pada kesungguhan mereka. Anak-anak yang pandai dan lebih dewasa akan diberi tugas menjadi fasilitator setiap kumpulan. Dan amat bertuah kerana salah seorang peserta adalah bekas pelajar sekolah agama di Pulau Pinang dan merupakan seorang hafiz, adik Rashidi.

Semua peserta akan diberikan duit raya, tidak banyak hanya RM5. Harapan saya pengalaman pengurusan program seperti ini boleh dibuat di surau dan masjid lain di seluruh dunia.

No comments: