Monday, September 15, 2008

TADARUS RAKAN MUDA D SURAU TY

Sekali lagi Surau Al-Muhajirin, Taman Yayasan akan menganjurkan program Tadarus Rakan Muda yang terbuka kepada anak-anak bawah 20 tahun, lelaki dan perempuan. Kali ini kita mendapat sumbangan daripada Pejabat Belia Daerah Segamat.

Tujuan diadakan program ini adalah untuk menggalakkan anak-anak kita mendekati al-Quran dan belajar bertadarus. Ia akan dibimbing oleh Ustaz Ahmad Nawawi, En Samsuri, Tuan Ismail Tarmudi dan lain-lain.

Dari pengalaman tahun-tahun lalu, penyertaan rakan muda dalam 40 orang dan diharapkan pada tahun ini jumlah penyertaan akan bertambah. Pada saya, program ini telah berjaya menarik minat remaja mempelajari al-Quran dan dapat pula mereka belajar membaca dengan betul.

Pihak penganjur akan memberikan hadiah berupa wang saku kepada anak-anak yang mengambil bahagian.

Program ini akan dilangsungkan pada 24 dan 25 September bermula jam 5.15 petang hingga masuknya waktu berbuka puasa. Juadah berbuka puasa akan disediakan oleh pihak surau.

Diharapkan ibu bapa dapat memastikan anak-anak tuan puan mengambil bahagian dalam program yang akan dilangsungkan. Malah ibu bapa yang berkelapangan juga dijemput untuk turut serta.

DATANGLAH MEMERIAHKAN SURAU KITA (Suara Al-Muhajirin, bil 7 no 7 12 sept 08)

No comments: