Monday, October 13, 2008

AYAT-AYAT CINTA THE MOVIE

Menonton filem ini tidak sama hebatnya membaca novel penulis muda unggul Indon; sdr Habiburrahman. Namun garapan realiti pada cerita ini amat menyentuh hati dan menggambarkan keindahan dunia percintaan yang disulami oleh nilai agama yang tinggi.

Penghasilan sebuah novel tidak mudah, dan untuk menterjemahkan ke dalam bentuk filem lagi sukar kerana banyak perkara perlu dibuang dan ditambah bagi menambahkan sentuhan penonton. Banyak elemen keagamaan - dialog ketuhanan - dikesampingkan bagi mengelak kejemuan kalangan pembaca.

Walau apapun tahniah kerana mereka telah berjaya menterjemahkan karya agung ini ke dalam bentuk filem yang lebih ringkas untuk dimengerti ceritera yang dijalin. Dan terkini novel 'Laskar Cinta' pula akan menyusul untuk difilemkan.. Begitulah hebatnya mereka yang bijaksana mencari ruang.

Bila pula novel magnum opus penulis-penulis Malaysia akan dipindahkan ke filem?

2 comments:

wafa_azzahra03 said...

salam...
sy stuju dgn pndpt ust...
tp bg sape yg blum prnh bc novel ayat2 cinta tu maybe x rs cm tu...tp klu dh bc novel tu lps tu tgk movie plk, mmg rs len...

p/s: xsbr nk tgk novel thriller cm karya ramlee awang murshid nk di adaptasi dlm movie plk...

schnna said...

wah..bukan main..
background music for blog ni da tukar..
he2..