Monday, October 13, 2008

APABILA MUFTI PERLIS LETAK JAWATAN

Melayari laman webnya, ternyata amat ramai yang memberi sokongan dan dorongan kepada SS Dr Asri. Ternyata suara mufti muda ini begitu berpengaruh, terlebih mempengaruhi kepimpinan negeri mahupun negara. Kedudukan ini tentunya tidak disenangi kalangan orang tertentu. Apatah lagi dengan ketegasannya berpegang pada prinsip Islam.

Sungguhpun ada tikanya, idea beliau sukar diterima kalangan ilmuan Islam tertentu, tetapi hujahan beliau amat berkesan. Yang lebih penting ideanya seakan cuba membuka minda dan pertimbangan baru atas isu yang berlingkar pada kemelut umat Islam di Malaysia. Tahniah kerana ideanya telah membuka lembaran baru pada hujahan dan pintu ijtihad.

Namun permainan politik tidak semudah itu untuk menongkah arus. Dr Asri akhirnya terpaksa melepaskan jawatannya setelah banyak memberi sumbangan besar kepada umat Islam, (baik UMNO mahupun Pas) dan rakyat Malaysia amnya.

Teruskan perjuangan tuan kerana tidak selamanya karpet merah akan dibentang dalam realiti dakwah.

No comments: