Wednesday, October 8, 2008

BILA TRAGEDI MENGGEMPARKAN ITU..

Menggemparkan. Bila tragedi menggemparkan itu akan berlaku. Bila masanya Pak Lah dan Najib akan mengumumkan tarikh penarikan diri dan penonjolan diri bagi menerajui UMNO dan seterusnya menerajui negara. Baik Najib mahupun Pak Lah seakan-akan menyimpan beban rahsia terlalu besar. Rahsia bukan sahaja pada penentuan pilihanraya, malah rahsia pada tempoh peralihan kuasa.

Dikatakan yang Najib tidak jadi keluar negara adalah juga kerana urusan tarik tali soal peralihan kuasa juga. Maksudnya, Pak Lah sudah mendapat jawapan dari desakan kepimpinan UMNO dan BN sendiri untuk mengundur diri dan mahu atau tidak dia terpaksa menarik diri.

Cuma bila Pak Lah mengundur, bererti kepimpinan negara akan kembali terpaut dan bersatu. Mungkin juga kekuatan baru akan terbentuk dan secara langsung menamatkan angan-angan PKR untuk berkuasa. Barangkali?
Ataukah begitu sukar Pak Lah melepaskan diri kerana ketandusan kepimpinan UMNO terbaik untuk dicari ganti? Top person di atas sana terbelengu dengan berbagai masalah, manakah layak si Najib mengambil alih jawatan, begitu barangkali fikir Pak Lah.. Dan bagaimana pula menantunya, Khairi yang belumpun mendapat pos tertinggi Pemuda. Tentunya ia menjadi pertimbangan utama sebelum Pak Lah berundur.. What do you think?

No comments: