Thursday, October 9, 2008

AKHIRNYA PAK LAH BERUNDUR

Akhirnya Pak Lah berundur dengan penuh hormat. Berundur setelah didesak oleh rakan dan taulan, musuh dan lawan. Yang pastinya, UMNO akan terus bergolak seketika. Bergolak kerana mahu merebut jawatan tertinggi. Ku Li dan Mahyuddin mungkin akan menjadi regu untuk menentang Najib, jika tidakpun Mahyuddin sendiri sebagai anak jantan akan berdepan dengan Najib. Najib ada masalahnya tersendiri. Mahyuddin kelihatan bersih...

Namun selepas Mac 2009 nanti, kita harapkan satu kepimpinan UMNO baru dapat dibentuk dan tentunya ia lebih mantap dan mampu menerajui kepimpinan negara (jika diizinkan Allah).

Bagaimana pula dengan angan-angan Anwar? Nampak gaya PKR belum cukup masa dan tenaga untuk melonjakkan diri menerajui kepimpinan tertinggi negara. Kesepaduan kalangan PR belum kukuh dan belum sedia sepenuhnya untuk memegang tanggungjawab besar ini.

Soal Hindraf yang sesekali bersuara itu hanyalah sebahagian daripada mainan orang politik untuk melaga-lagakan puak tertentu di Malaysia. Mainan politik ini tidak semestinya pembangkang, malah orang dalam sendiri boleh bersandiwara seperti itu sekadar untuk membangkitkan isu..

No comments: