Saturday, October 25, 2008

DALAM KEMELUT

Dalam kemelut resah gelisah dengan bebanan tugas dan amanah Tuhan, terasa syahdu, sebak dan terpanggil untuk lebih kuat dan tabah melangkah. Ketika hujung minggu bercuti seperti ini, kami bersedia untuk berangkat ke Bukit Tinggi, Frezer Hill bagi mesyuarat peringkat UiTM J; perancangan strategik 2012.

Shida dah banyak kali menangis. Sedih dan sesal barangkali dengan kesibukan suaminya. Pagi tadi Ain Hanani, anak remaja saya (tingkatan 1) juga menangis ketika kuusap rambutnya.. Sayang abah nak pergi ni.. sayang jaga ummi ya. Bantu ummi dan hiburkan hati ummi..

Maafkan anak-anak ku sayang.. dan isteri..

(Baru-baru ni ke KL dari 20 - 23 Okt, Kursus Academic Writing dan Pertandingan Baca Puisi IPT kebangsaan ; UiTM Johor mendapat tempat ke 3 dan dinobatkan Pendeklamator Terbaik, Grace Gempitat).. tahniah.

1 comment:

Anonymous said...

Ustaz,
Dia nak kena biasa tinggal2kan...
Mcm saya ni ha..weekend hubby..
Sedar tak sedar dah 10 bulan..tapi rasanya dah ok kot skang..mula2 hari tu jer..sedih jugak..Kami golongan PJJ ni rasanya dah cukup ahli kot buat persatuan..:)) hihi..