Thursday, October 9, 2008

REAKSI 'KELILING KELALANG' PAK LAH


Bila Pak Lah umumkan untuk tidak bertanding lagi, semua orang keliling kelalang Pak Lah ucapkan tahniah dan menghormati keputusannya yang dianggap mengutamakan parti dan kerajaan. Tidak adalah pula seorang dua orang keliling kelalang Pak Lah yang menangis tersedu-sedu atau memujuk dan merayu supaya Pak Lah batalkan niatnya. Tidak ada seorangpun yang buat macam tu...


Hanya adalah beberapa kerat (mungkin upahan) yang berdemonstrasi di depan PWTC untuk mendesak Pak Lah menarik balik keputusannya. Muka-muka yang pegang sepanduk nampak lain macam je, berapa mereka dibayar agaknya?


Begitulah realitinya, susah nak jadi seorang pemimpin. Mungkin dia baik hubungan dengan manusia dan Tuhan, tetapi belum tentu dia mampu memimpin mereka. Rasulullah melarang Abu Dzar untuk memikul jawatan kepimpinan, walaupun dia seorang sahabat yang teguh iman dan paling kuat ibadahnya, tetapi jawatan kepimpinan bukan selayaknya diberikan kepada Abu Dzar...


2 comments:

Canopus said...

Salam, pendapat ustaz memang betul! Saya pun bersangka begitu, tak lebih dari drama semata-mata. Mewujudkan sesuatu untuk menyembunyikan realiti. Mungkin maruah yang dipertahankan.

aremierulez said...

biasa la tu ustaz, konon2 nk tunjuk la yg ade lagi org yg sayang kat dia dan nak dia terus memimpin...

hehe.. ada gak yang sanggup di bayar untuk buat demonstrasi tu ye.. murah gak maruah diorang nih..