Wednesday, November 12, 2008

KEPUPUSAN BAHASA JAWA

(Dr Normahdiah selaku pengerusi majlis menyampaikan hadiah)

Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu IV (2008) pada 11- 12 November 2008 berlangsung di UPM, Serdang. Saya membentangkan kajian bertajuk KEPUPUSAN BAHASA JAWA SEBAGAI BAHASA WARISAN MELAYU: KAJIAN KALANGAN REMAJA DI JOHOR. Ia menjadi topik perbualan kalangan peserta seminar kerana mereka menghubungkaitkan dengan bahasa Melayu. Apakah Bahasa Melayu juga akan mengalami nasib yang sama dengan Bahasa Jawa?



Lebih parah apabila bahasa Melayu dinodai, dikoyak rabak oleh bangsanya sendiri. Ramai kalangan pemakalah yang mengkritik dasar kerajaan mendewakan bahasa Inggeris khasnya dalam pelaksanaan pengajaran Sains dan Metamatik, termasuklah Dato' Hassan Ahmad. Kesungguhan kerajaan memartabatkan bahasa Melayu yang menjangkau 1000 tahun tamadunnya, amat memalukan. Kita tiada komitmen untuk memperkaya dan meletakkan penghargaan tinggi kepada bahasa ini.



Seminar ini menarik kerana pemakalah (pembentang) tidak dikenakan sebarang yuran, malah dihadiahi buku (agak lama) terbitan DBP. Tahniah kepada penganjur. Hidup Bahasa Melayu.. Bahasa Jiwa Bangsa.

No comments: