Thursday, November 13, 2008

BAHASA AKAN MATI, AKAN HIDUP

Bahasa tidak kekal. Ada bahasa yang telah mati seperti bahasa Sanskerta, bahasa Latin dan bahasa Yunani purba. Dahulunya Eropah menggunakan bahasa Latin, namun beralih ke bahasa Prancis yang pernah menjadi lingua-franca dan akhirnya kini bahasa Inggeris yang mengambil alih. Walau apapun, bahasa yang digunakan setempat adalah lebih sesuai untuk dijadi perantara komunikasi.

Sebab itu ulama seperti Nuruddin Ar-Raniri, Hamzah Fansuri, Syamsudin Pasai dan lain-lain tokoh tempatan, mereka menulis menggunakan bahasa Melayu walaupun fasih berbahasa Arab. Latar setempat lebih utama diraikan kerana di situlah mesej dan ilmu yang hendak dicambah.

Mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris adalah suatu kejanggalan yang luar biasa. Ia tentunya tidak menjiwai dasar pemikiran dan kemampuan anak-anak dalam persekitaran budayanya di sini. Sampai bila?

(Hari ini keputusan UPSR pertama hasil perubahan dasar ini diumumkan. Bagaimana prestasi mereka?)

No comments: