Monday, November 17, 2008

MENGUCAP DAN ISTIGHFAR PUN TAK TAHU?

Kerap kali saya mengikuti (jadi pengerusi majlis atau wakil tuan rumah) majlis pernikahan sejak kebelakangan ini, sesuatu yang amat memalukan.. si pengantin lelaki tidak pandai mengucap dan tidak tahu istighfar! Imam terpaksa membaca satu persatu dan pengantin lelaki ikut sebutan sepatah sepatah. Malah ada yang tak betul...

Bayangkan seumur hidup (24- 28 tahun) kalau istighfar dan syahadah pun tak lancar nak sebut, muslim apakah dia? Di mana sekolahnya, siapa gurunya, apa pelajarannya? Di mana ibu dan bapanya? Tidak terajarkah anak ini? Berbagai persoalan timbul dan menebal (dan memalukan) ibu bapa dan rombongan pengantin tentunya...

Saya juga terasa amat malu, malu kalau-kalau anak didik saya di UiTM Johor pun sama sahaja. Saya pun tidak pernah bertanyakan cara-cara mereka mengucap dan istighfar. Nampak gaya, selepas ini biar subjek Ekonomi Islam ke, subjek Perakaunan Islam ke, soal benda dasar ini perlu diutamakan dahulu. Kena jugalah ustaz ustazah membetulkan sebutan syahadah, istighfar dan bacaan Quran pelajar-pelajar UiTM, khasnya.

1 comment:

Anonymous said...

Salam sejahtera,

Mengambil kira pengalaman saya sendiri, saya sangat simpati dengan mereka, moga dengan sifat Kasih-SayangNya, mereka akan mendapat taufik dan hidayah untuk terus belajar.

MKI