Thursday, November 13, 2008

NUHA dan UMMI HA


Sabtu lepas (8 Nov) saya raikan IHTIFAL Pasti Segamat di Dewan Anak Yatim Gemereh. Tiga tahun Nuha belajar di Pasti dan tentunya banyak yang dia dapat. Terharu saya pada sumbangan Ummi Ha (guru Pasti) yang memberi bekas walau hanya setahun sahaja dia mengajar di TY.


Namun agak aneh apabila Pasti meletakkan dasar KE ARAH MELAHIRKAN GENERASI AL QURAN sebagai logonya, namun Nuha sampai ke sudahnya tidakpun tamat IQRA. Takkanlah 3 tahun dia tak dapat belajar dengan baik?


Rumusan mudah, tidak semestinya semua yang dilabelkan Islam itu baik dan berkualiti. Banyak perkara lain yang perlu diambil kira. Jangan beranggapan perlabelan ISLAM akan menjadikan ia secara automatik baik.. Itu salah. Malah banyak kita dapati mereka yang lebih berkualiti tanpa menggunakan label Islam, dan akhirnya kita boleh membuat pilihan sama ada mengutamakan label atau mengutamakan kualiti?

No comments: