Thursday, November 6, 2008

POLITIK WANG DALAM UMNO

Membaca beberapa komen blog tentang politik wang (RASUAH) dalam UMNO, nampaknya begitu gawat sekali parahnya. Ia telah menjadi barah dan barahnya berada pada tahap empat iaitu pada saat menanti maut sahaja. Untuk pencalonan sahaja, sesetengah bahagian dilontarkan begitu banyak RM dan seterusnya untuk membeli undi-undi perwakilan yang terpilih ke Pusat berapa pula yang perlu ditabur?

Pemilihan UMNO tidak sesukar mana. Bermula dari Cawangan terus ke Bahagian dan akhirnya di Persidangan Agung. Setelah pemilihan Bahagian selesai, tahulah sudah senarai perwakilan yang dipilih untuk ke Persidangan. Senarai ini semua orang tahu, khasnya mereka yang merebut jawatan dalam Perhimpunan kelak. Apabila pengundi telah dikenalpasti, apa lagi yang susah.. Mereka yang bertanding hanya perlu fokus kepada semua perwakilan, membelanjakan hotel dan penginapan, memberikan itu dan ini dan mungkin ada yang tidak terduga daripada itu...

Sebagai marhain, saya terpanggil untuk bertanya; berapakah modal dan kos yang perlu seseorang itu bertanding di peringkat tertinggi? 1 juta atau 1 billion? Atau mungkin lebih daripada itu? Hanya mereka yang terlibat sahaja mengetahuinya.

(Semasa Persidangan, ada yang memaklumkan kepada kita, si A itu bagi Rm600 je... si B bagi RM1000.... mestilah sokong si B..) Beginilah parahnya rasuah dan kefasadan yang berlaku...

Berbalik pada soalan awal. jika RM1 juta dibelanjakan, soalnya dari sumber mana mereka mendapat wang sejumlah itu? Bisness apa yang mereka termampu buat untuk mengaut kekayaan sebanyak itu? Andaian mudah dibuat ialah tokoh A, tokoh B yang bertanding dibiyai oleh Tokan-tokan tertentu... Dan akhirnya tokan ini perlu diberi projek setelah berbudi kepada tokoh tertentu.. Padahnya ialah penguasaan ekonomi negara akan hanyut di tangan mereka yang berkepentingan sahaja sebagai membalas budi... Di mana kekuatan kita sebagai orang Melayu, selain melihat dan melihat?

Politik wang adalah rasuah. Rasuah menghancurkan bangsa, agama dan negara.

No comments: