Monday, November 17, 2008

TERIMA KASIH HASNAH (XOXO) DAN MEK KLATE (AIDA)

Mek Klate
(hasnah)

Hujung semester seperti ini ramai pelajar yang datang mengucapkan salam, penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah, termasuklah saya. Ada pelajar yang berbudi, faham dan tahu menghargai ilmu dan pendidikan yang diajar dan diberi semasa dalam kelas, dan mereka mengetuk pintu sekadar mengucapkan penghargaan terima kasih.

Teruja, terharu dan terhibur untuk menjadi pensyarah. Sebagai guru (pensyarah) tidak ada apa yang lebih dihargai selain dari penghargaan atau ucapan TERIMA KASIH daripada anak murid. Itu sudah bermakna buat kami. Tetapi amat malang apabila anak murid tidak menghargai dan menilai ilmu yang dicurahkan... Semoga anak-anak murid saya adalah anak murid yang terbaik diadun untuk ummah dan negara.

Hasnah adalah pelajar yang bertugas di bawah Skim Khidmat Pelajar di pejabat UPENA/Kualiti dan tentunya banyak juga yang dia buat itu dan ini. Seorang lagi ialah Shahir yang cool dan senang berkerja dengannya. Tidak banyak ragam, just do it. Terima kasih Hasnah dan Shahir.

Seorang lagi Mek Klate yang namanya Nor Aida. Dia selalu datang ke ofis tolong kemas-kemas bilik saya, tetapi tak pernah kemas sebab saya suka berkecah, tidak suka berkemas... Kini dia dah tamat diploma Transport dan 'selamat tinggal ustaz, terima kasih atas bantuan dan tunjuk ajar ustaz' dan kadang kala saya rasa si Mek Klate ni tak lebih daripada anak sendiri yang perlu dicabar dan diuja untuk berjaya. Semoga berjaya semuanya.

1 comment:

sammie said...

ustaz ni buat saya sedih jer..
kalo boleh saya nak lame lagi kerja ngan ustaz..2 pun kalo de tempat tinggal, gaji xlambat n saye xdek practical..he2..
so, ustaz wat la keje elok2 nagn SKP yang baru k..
nanti saye dtg segamat jmpe advisor, saye jumpe 2nd advisor saye gak la..ustaz la 2..he2..
USTAZ..NAK DUIT RAYE!...