Thursday, December 11, 2008

ABANG-ABANG DATANG SEGAMAT


Teruja benar apabila dua abang saya dari Kuala Nerang Kedah datang berkunjung ke rumah kami di Segamat. Abang Sanusi dan Johari bersama keluarga tiba pada malam raya menambahkan erat hubungan kekeluargaan terjalin. Bukan senang hendak berjalan jauh, dengan kos minyak dan tol, terutamanya mencari waktu terluang agak sukar untuk berjalan.. Namun ziarah abang-abang ke rumah kami, adalah suatu yang amat bermakna.

Malangnya kerana saya tidak berkesempatan melayan dengan sempurna. Pada hari Raya Haji, saya sibuk dengan menyembelih korban, hingga jam 2 petang baru sempat pulang.. Sudah tu, tergesa-gesa pula meninggalkan mereka kerana dijemput mengetuai 'tuan rumah' bagi majlis pertunangan anaknya. Norahayati binti Hassan mahu bertunang dengan orang KL yang berasal dari Kuala Pilah.. Adat Pepatih (Nagori) masih utuh dibawa dalam majlis itu, nasib baik saya hafal pantun sekerat dua untuk meraikan majlis... Siap kena makan sireh lagi tu.. Itu yang teruja.
Lagi terharu apabila Ana dan Kamisan; kawan lama Shida (my wife ler) sedia ada di rumah ketika saya pulang dari rumah Hj Hasan. Lama benar tidak ketemu mereka ini, yang dahulunya pernah menghadiahkan anak patung 'tiger' kepada Shida pada awal perkahwinan kami..
Lewat petang (6.00) baru sempat saya bawa abang-abang ke luar rumah, ziarah Ayahanda Haji Khalid dan bonda.. Itulah sahaja aktiviti ziarah kami..

Shidi, adik Kak Jah pula tiba pada masa yang sama. Dan suasana menjadi lebih meriah... Anak-anak kami bertambah ramai, bestnya... (Anak Sanusi 5, anak Shidi 2, anak kami dah 6.. begitulah bahagianya kami)

No comments: