Thursday, December 11, 2008

MENYEMBELIH LEMBU KORBAN


Dari mana saya belajar menyembelih? Dari dalam kelas gitu-gitu aje.. Masa kecil dahulu selalu menyembelih ayam kampung untuk makan sendiri. Namun selalu ikut Pak Teh (Tuan Guru Haji Ahmad, bapa saudara saya) menyembelih lembu, menjadikan pengalaman itu terbina. Dan ada sekali saya sembelih kambing untuk akikah Afif di kampung.


Setelah berhijarh ke Taman Yayasan, pengalaman itu amat diperlukan terutamanya ketika majlis korban. Saya beranikan diri dan terbinalah pengalaman baru. Yang penting kita tahu (ilmu) mengenai sembelihan, putus urat halkum dan marikhnya, sekali sembelihan (jangan diangkat pisau, itulah fahaman orang Melayu yang kena diraikan), mengadap kiblat, jangan dikangkang ke atas lembu yang hendak disembelih (adab), kalau boleh pastikan semasa lembu tidak menarik nafasnya...

Saya sembelih dua ekor lembu pada korban kali ini.

No comments: