Thursday, December 18, 2008

DIALEK DAERAH PADANG TERAP

Saya sedang mengumpul loghat (dialek) daerah Padang Terap, Kedah yang unik kerana ia seakan dialek Kelantan. Dipercayai loghat ini datang bersama penghijrahan penduduk dari wilayah Petani yang menetap di utara Kedah. Selain Padang Terap, kawasan Baling juga didapati menggunakan dialek ini.

Pembeza utama ialah cara sebutan dan bunyinya. Contoh bahasa utara yang kerap digunakan pada 'air' menjadi 'ayaq'; sedangkan dialek Padang Terap disebut 'A'. Contoh ayat; 'Aku nak makan a' bermaksud 'saya hendak minum air'.

Perkataan 'makan' digunakan pada makanan dan minuman bagi penutur tradisi Padang Terap.

Telah saya kumpulkan beberapa contoh loghat Padang Terap semasa Seminar Antarabangsa Linguistik 2007 di UPM dahulu, dan kini usaha saya ke arah memantapkan lagi 'kamus' berkenaan. Kepada pembaca dari Baling, Sik dan Padang Terap; dan beberapa kawasan kecil di Utara Perak; saya alu-alukan sumbangan idea dan kalimah pelik daerah berkenaan untuk dibukukan.

Mohon dipanjangkan.

3 comments:

saufi said...

Ust,

kelik - balik
tak gaghi-tak nampak

C H E D A said...

ustaz, belah utaqha minum mmg depa sebut makan. huhu...

padang = bendang/sawah
batas = jalan
kucai = kacau

kalau orang tua2 kata nak pi padang, maksudnya nak turun bendang, bukannya nak pergi main bola... hehehe

Anonymous said...

ini lagi..ada yang dah tak di pake lagi la ni.
Ja'on-mendung
gha'oh- bahang(malam)
ghokmo- gedohok
muha-kamu semua (hampa)
kuma-aku semua (kami)
dema-depa
khomoh- pengotor
thu- tahu
wokpa- buatpa
loghat- hal mendesak
mhdzkr@yahoo.com