Friday, December 19, 2008

IJN: MEMBANTU RAKYAT ATAU SIME DARBY?

Pelik benar apabila Institut Jantung Negara yang diletak di bawah Kementerian Kewangan tiba-tiba diumumkan akan diambil alih oleh Sime Darby. Alasannya untuk membantu golongan berpendapatan rendah. Sime Darby sebuah konglomerat bisness yang seratus peratus mencari laba dan keuntungan. Bagaimana mungkin Sime Darby mahu beramal dan membantu golongan miskin melalui khidmat perubatan lubuk emas negara? Pelik dan ajaib.

Ataukah itulah salah satu cara Najib hendak mencari dana baru bagi menampung kos-kos tertentu yang tidak diketahui? Apakah kerajaan BN tidak pernah belajar daripada pengalaman lalu; pengalaman bahawa penswastaan akan hanya membebankan rakyat dan menindas rakyat belaka. Tengok sahaja PLUS dengan keuntungan berbilion ringgit tetapi harga tol tetap sama malah sentiasa hendak dinaikkan pada setiap tahun. Yang lagi pelik, keuntungan pemegang saham juga telah dijadikan sebagai kos pengoperasian syarikat gergasi yang menjana kekayaan hasil keringat rakyat.

Cukuplah rakyat terbeban dengan kos pengajian di IPT, leretan hutang yang bertimbun setelah tamat belajar, bebanan harga barang yang tidak terkawal, ditambah pula dengan harga komoditi getah dan sawit yang menjunam, apakah BN masih beria sangat mahu menswastakan IJN pula?

Nampak gaya isu IJN menjadi modal besar BA di Kuala Terengganu menentang ketamakan BN yang diketuai Najib. Selamat bertindak untuk rakyat dan kepentingan awam.

No comments: