Monday, December 22, 2008

ULASAN KHUTBAH DRP EN GHANI

(En Ghani semasa membincangkan kertas kerja untuk memohon masjid baru di Taman Yayasan, 19 Dis di rumah)

Saya menerima komen dan pandangan daripada En Ghani tentang intisari khutbah (19 Dis; negeri Johor) yang menyalahkan barat bersikap materialistik tidak mengutamakan agama; sedangkan realitinya barat menggunakan kekayaan dunia untuk kepentingan agama. Itu yang berlaku... Saya sertakan komen En Ghani dan komen saya berikutnya;

Asalamualaikum Ustas,

Khutbah hari ini menarik perhatian saya.

Mengalakkan kebaikan dengan menolak buruk kepada Barat adalah satu persepsi yang tidak sihat. Khutbah menyatakan mencari kekayaan adalah cara Barat dan Islam adalah mencari akhirat dan ganjarannya datang dari Allah.

Saya berpendapat, Barat tidak hanya mencari kekayaan. Malahan kekayan di gunakan untok perjuangan agama mereka. Kita sedar bahawa ikonomi dibawah genggaman mereka. Hasil dari kekayaan mereka, mereka telah memperuntukan satu nilai kewanggan yang besar untok digunakan bagi menawan Islam.

Lihat pendakwah-pendakwah mereka. Mereka mengambil kesempatan dari kesusahan orang dan mendekati orang-orang yang bermasallah. Orang-orang susah dan orang-orang yang bermasallah di anggapkan rahmat untok mempengaruhi mereka supaya tertarik dengan agama mereka. Mereka sanggup berbelanja jutaan ringgit memberi makan orang susah, dan mendekati remaja yang bermasallah. Akhirnya orang-orang ini tertarik dengan perjuangan mereka.

Orang Islam yang tidak mempunyai ikonomi yang kukuh mengganggap bahawa orang susah hanya menyusahkan. Mereka bukan orang yang perlu didekati. Remaja bermasallah di sisih kerana sikap mereka amat bertentangan dengan kesucian agama. Orang saperti ini pula hanya layak di tempelak sahaja.

Di Malaysia, dakwah hanya di dokong oleh peruntukkan kerajaan. Mana ada orang-orang agama yang sanggup jalan di kaki lima memujuk remaja dan membawa peruntukkan bagi membantu orang susah? Pendakwah kristian membawa beg ubat masuk kekampong-kampong, bertemu orang-orang asli, tanpa sedikit pun peruntukkan kerajaan sambil menunjokkan mereka adalah membawa ajaran agama yang baik.

Semasa saya membuat temu duga di Chini 15 tahun yang lalu, menurut pegawai Jabatan Orang-Orang Asli, 70% orang asli dibawah jagaan mereka adalah Kristian. Sekarang dah berapa ye?

Orang kita hanya emosi berhubung dengan kejayaan kegiatan dakwah kristian. Yang tidak pernah sembahyang pun bercakap seolah-olah juara menentang kegiatan itu. Isu kafir, persatuan kristian melayu itu yang mereka taja kesana sini.

Suruh berdakwah, mereka kata tidak pandai dan layak. Mereka serahkan dakwaan kepada pertubuhan dakwah. Orang yang susah paling banyak mereka rasa sedih. Tolong tak juga. Ajaklah mereka ke kegiatan agama, tiada siapa hirau dan peduli.

Kalau kita ada pertubuhan yang mengislamkan orang kafir sebaliknya kita juga patut realistik bahawa orang mereka juga akan mengkafirkan orang Islam. Apa yang kita rasa, itu juga yang mereka rasa.

Kekuatan Ikonomi mampu menjalankan kegiatan dakwah dengan sempurna. Cuba lihat bagaimana hebatnya tabung haji kita mempu memberikan perkhidmatan cermelang kerana mereka mempunyai kemampuan bagi melaksanakannya.

Dari itu, jangan pandang sebelah mata pada barat seolah-olah mereka tidak hiraukan agama mereka. Satu hari nanti bangsa kita akan bertukar hakikat bahawa agama kristian yang membawa kecemerlangan hidup akibat dari kekuatan pendakwah mereka yang berkemampuan.

Wallahualam.
Abdul Ghani Rahmat47, Taman Yayasan, Buloh Kasap,85010 Segamat.


Salam En Ghani dan rakan-rakan..

Islam tidak pernah benci pada dunia dan harta benda yang Allah jua jadikan. Harta ibarat 'ladang' untuk kebaikan dan manfaat di akhirat. Sabda Rasul bermaksud; "dunia ibarat ladang menuju ke akhirat'. 'Ladang' tentunya memerlukan sistem pengurusan, dana dan kelengkapan yang baik untuk kekal berjaya. Soal menguruskan dunia ini hendaklah betul pada persepsi dan betul pula pada pelaksananya.

Persepsi bahawa dunia ini perlu dikuasai dan dimiliki tidak pernah bertentangan dengan prinsip ajaran Islam. Kalimah zuhud bukan bermaksud meninggalkan dunia yang akhirnya diserahkan kepada bangsa dan agama lain. Sebaliknya zuhud ialah ketaatan dan kepatuhan disertai dengan sikap berpada (qanaah) pada agama dan mata benda.

Bukan kita mahu mengkritik khutbah (penulis teks khutbah), tetapi mungkin susunan ayat yang mudah (simplistik) seakan-akan menyalahkan barat yang bersikap metarialitik semata, sedangkan kita lupa kebendaan dan kerohaniaan adalah rangkuman selari yang perlu dipertahan dan dikuasia bersama.

Cuma seperkara yang boleh dibahaskan, berapa ramai pula jemaah yang faham dan berupaya menghayati khutbah yang disampaikan pada setiap minggu? Atau adakah khutbah itu sekadar routin dan syarat solat Jumaat, yang tidak membawa apa-apa makna? Si khatib pula hanya membaca apa yang disediakan tanpa memahami realiti, maksud dan penghayatannya kepada jemaah.. Apa akan jadi akhirnya?

No comments: