Thursday, December 11, 2008

KUALA ROMPIN


Hari Raya Adha ke dua kami berangkat ke Keratong 10, rumah mertua Shidi (adik Kak Jah) dan makan tengah hari di situ. Memang begitu setiap kali kami berkunjung ke rumah Haji Saad, mesti dihidangkan nasi.

Kemudian kami berangkat terus ke Kuala Rompin, rumah Shidi untuk bermain ombak dan melihat rumahnya... Anak-anak tidak sabar hendak turun ke laut, dan Iman, Akmal, Kak Teh, dan semua anak saya begitu teruja bermain ombak di Pantai Hiburan.

Sementara kecil, malah kalau dah besarpun... hiburlah hati anak-anak. Berilah mereka pengalaman hidup yang manis seperti mana kita dahulu, sewaktu kecil yang dibesarkan tanpa batasan.. Paya mana kita tidak redah, sungai mana kita tidak pernah mandi, sawah mana kita tidak pernah masuk, belukar dan hutan mana kita tidak pernah teroka... itu semua pengalaman yang memantapkan jati diri dan jiwa kita... Berilah peluang anak-anak kita berlumut dan berlumpur....

Pak su seronok melihat anak-anak semuanya seronok... Kami pulang ke Segamat malam itu juga kerana Ain Hanani hendak periksa Darjah Khas keesokan harinya.

No comments: