Thursday, December 18, 2008

PERSIAPAN ANAK-ANAK SEKOLAH


Gaji baru masuk hari ini bersama bonus separuh bulan gaji. Apa yang terlintas dan menjadi keutamaan ibu bapa termasuklah saya, ialah membeli peralatan sekolah anak-anak. Dari pakaian sekolah, kasut, buku-buku, yuran dan sebagainya tentu terlalu banyak yang perlu dibayar.


Harga pakaian sekolah semakin naik. Minggu lepas sekali masuk ke kedai kain, RM300 dibelanjakan untuk pakaian anak-anak. Itupun tidak semua yang dapat dan tidak semua yang lengkap. Kasut dan buku-buku belum dibeli.


Harap-harap bulan ini dapat dibereskan beberapa keperluan lain yang mendesak untuk anak-anak. Dalam pada itu, terfikir sendiri; bagaimana nasib petani dan nelayan kita...


Bagaimana nasib pekebun getah dan sawit? Getah harganya tinggal 80 sen sekilo dan sawit hanya RM160 setan. Kos buruh pun tak lepas.. Bagaimana nak dapatkan duit belanja anak-anak..?


Saya fikir, kalau ada baju sekolah terpakai yang hendak disedekahkan, elok berikan kepada petani dan peneroka.. Saya pun sedang membuat jualan amal barangan terpakai untuk tabung kebajikan Sekolah Agama Buloh Kasap..

1 comment:

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum..

ustaz apa khabar?

Betul ustaz..kesian melihat petani-petani yang menyara anak-anak yang masih bersekolah..dengan keadaan ekonomi sekarang yang sangat teruk, harga kelapa sawit yang jatuh merudum berbanding dahulu RM400 lebih setan menjadi RM160 setan..bagaimana mereka hendak membiayai persekolah anak-anak mereka..harga minyak turun tapi harga barang tetap sama..realiti hidup yang perlu ditempuhi..

Semoga insan-insan ini terus tabah walaupun menghadapi kehidupan segetir mana sekalipun..
Kita sebagai manusia yang diberikan Allah anugerah harus bersyukur atas nikmat yang diberikan oleh Allah...