Friday, January 9, 2009

BUBUR LAMBUK: BUBUR ASYURA

Tamat Bengkel Pengajaran CTU 551 di Intekma Shah Alam jam 5.00 petang dan kami berangkat pulang. Us Aziz Harjin dan Us Zuhairi yang masing-maisng akan pulang ke Kedah dan Kelantan menumpang kereta ke KLIA diiringi hujan lebat sepanjang lebuh raya.

Saya tiba di surau Al-Muhajirin dalam 8.20 ketika Imam Samsuri mengakhiri bacaan doa. Ya, langkah kanan. (sebenarnya langkah kena kiri dan kanan, barulah sampai)

Bubur lambuk telah siap terhidang dan kamipun menjamu selera sepuas hati. Sedap masakan Ayahanda Haji Khalid (dan rakan-rakan lain) dengan resepi bubur lambuk bersayurkan lobak timun masak merah. Penat memandu kereta tidak terasa langsung dek keenakan bubur lambuk.

Bubur asyura di Johor ialah bubur lambuk itulah. Tetapi di Kedah, Kelantan saya kira bubur asyuranya berbeza sama sekali. Bubur asyura Kedah dan Kelantan biasanya pekat dan kehitaman. Ia menggunakan tepung beras, santan dan bahan campuran lain seperti daging, kacang tanah, kacang hijau, pisang dan apa sahaja yang ada untuk dimasak. Sampai hari ini saya masih teringat dan teringin benar hendak makan bubur asyura Kedah... Lambat lagilah peluang nak balik Kedah..

Solat Isyak saya imamkan dengan ayat 'ibadurrahman.. lama tak baca ayat ni.. dan diikuti dengan solat hajat kepada rakan kita di Gaza, Palestin. Selepas itu kami bergotong royong mencuci pinggan mangkuk dan periuk belanga sebelum pulang ke rumah jam 9.45 malam.

Seronok hidup ini dengan amal bakti yang termampu kita curahkan.

2 comments:

Muhammad Khalid said...

Salam ustaz, memang betul, setiap kali Asyura memang teringatkan bubur asyura di kampung masing-masing. Sedapnya!.Zaman budak2 dulu beratur menunggu bubur asyura masak memang aktiviti tahunan,meriahnya macam majlis korban.

BOB @ FADIL said...

Salam ustaz....teringat saya kat kampung..hehehe (lama x balik dah nier..hehehe