Wednesday, January 14, 2009

KURSUS ASAS SISTEM PENGURUSAN KUALITI (SPK)


Dua hari (12 dan 13 Jan) kami diberi kursus mengenai SPK yang dilaksanakan di UiTM. Sesi ceramah yang disampaikan PM Dr Ashari dan PM Ros memang banyak maklumat dan manfaat.. tapi maklum ajelah apabila terlalu banyak fakta dan disampaikan dalam bentuk sehala, maka jadinya ramai yang kurang dapat memberi tumpuan.

Hanya sesekali ada teka teki sesama peserta menjadikan bengkel seperti ini lebih menarik dan ada 'bahan' yang hendak dikongsi. Walau apa pun, tahniah kepada penganjur dan tahniah kepada peserta yang sabar mengikuti program ini.. yang pasti masa yang paling best ialah masa makan; makan free..

Sabar ya... bukan senang nak bina kualiti dalam diri.

1 comment:

Rina said...

hehehe... ustaz dok blkg tu msti lelap mata kan?