Wednesday, March 4, 2009

DYMM SULTAN PERAK..

Ke Bawah Duli Yang Mulia Sultan Perak,

Melihat kepada apa yang berlaku dalam politik negeri Tuanku, ia amat memalukan. Persidangan di bawah pokok oleh kerajaan PKR ditonton oleh seluruh dunia yang menggambarkan i) kebodohoan kerajaan negeri PKR yang memalukan rakyat Perak dan Malaysia amnya ii) dari sudut lain, dunia melihat itulah kerakusan BN merampas kuasa melalui jalan yang tidak sah, cara yang dipertikaikan; iii) BN merasakan mereka punyai hak sebagai pemerintah negeri setelah dilantik oleh Sultan, seperti juga PKR masih merasakan mereka berkuasa kerana proses penurunan kerajaan itu dibuat secara 'tidak tepat'. iv) Yang terlebih aib ialah ia melibatkan istana dan rakyat mula mempertikaikan peranan sultan dalam sesebuah kerajaan. Kalau dengar di kedai kopi, rakyat semacam marah kepada istana; 'kami yang bayar gaji sultan, apa yang sultan buat untuk mempertahankan hak Melayu, agama Islam dan kedudukan istimewa orang Melayu..' itu yang sering dibangkitkan..

Kemelut ini akan terus berpanjangan. Masing-masing akan salah menyalah dan akan mempertahankan hak mereka. Sampai bila kerajaan negeri Perak akan aman dan berupaya menjalankan pengurusan dan pentadbiran negeri dengan baik dan berkesan?

Oleh itu sebagai pemerhati dari jauh, memohon ke bawah duli yang mulia Sultan Perak untuk membubarkan DUN dan seterusnya memberi kuasa rakyat untuk menentukan kekuasaan kerajaan negeri sebenar.

BN pun nampak makin mantap dengan proses peralihan kuasa kepada Najib, tentunya BN tidak gusar menghadapi sebarang kemungkinan dalam pilihanraya kelak.. Kembalilah kuasa rakyat bagi menentukan masa depan mereka.

Perpecahan kalangan rakyat sama ada sesama UMNO, sesama Melayu (PAS-UMNO), antara kaum (antara Melayu, Cina dan India) akan lebih parah jika kita gagal menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Omongan politik akan berlarutan dan ia tentunya menjejaskan produktiviti negeri dan negara, sedangkan kita tidak punyai banyak masa untuk membangunkan umat Melayu yang jauh ketinggalan dalam segala aspek (aset Melayu hanya pada 18% berbanding bangsa lain)..

Itulah pandangan patik.

4 comments:

AnDeH said...

entry yg menarik

Anonymous said...

Bagi saya bukanlah sesuatu yang bodoh bersidang di bawah pokok.kita sendiri dapat melihat bagaimana mereka menutup dewan dengan dikawal oleh sepasukan polis.

AnDeH said...

Salam MauliduL Rasul 1430H..
Hayati perjuangan ikuti teladan sebarkan keperibadian Nabi Junjungan..
Smg kehidupan dalam ketenangan...

-Andeh-

agbr47 said...

Assalamualaikum wbt,
Saya telah banyak mengunjungi pelbagai blog, membaca sendiri berkaitan mempertikaikan keputusan DYMM Sultan Perak dalam pelantikan MB baru dari UMNO. Ada juga email yang saya terima mencatatkan bermula penderhakaan dari Dato Onn Jaafar hinggalah kepada Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohammad keatas Raja dan Sultan. Email yang di tulis oleh orang Melayu yang di post dalam blog bertujuan menghalalkan penderhakaan kepada instusi Di Raja.
Dari Chedet.co.cc saya ke Blog Anwar Ibrahim, Harakah online, Dapmalaysia.org, Malaysia kini dan beberapa akhbar Cina dan Tamil. MCA tiada article yang jelas menyokong atau menentang dan lebih bersifat berkecuali. Tetapi mengambil kesempatan menekan supaya kerajaan menurunkan harga elektrik dan isu pengisthiran islam seorang bayi cina. Menyediakan link pautan ke parti pembangkang. Web Parti Gerakan Malaysia antaranya menyentuh ISA manakala web MIC pada mulanya hanya gambar organisasi. Sekarang hanya tinggal "Web under construction". Web UMNO yang begitu lembab, di hiasi gambar gambar untuk pertandingan Mac nanti.
Rata rata semua blog parti pembangkang se nada dan membiarkan ahli mereka menulis sekehendak hati. "Malaysia Kini" lebih kepada web untuk suara DSAI, manakala MCA, Parti Gerakan Malaysia dan MIC membiarkan akhbar mereka memainkan peranan menyemarakkan isu. Boleh di katakan UMNO berjuang sendirian sambil web nya masih di buai mimpi. Pemikiran parti pembangkang di dokong blog para intelektual dan secara tidak langsung di sokong oleh para pelajar mereka sendiri.
Alah, kita telah biasa bercerita pasal raja dan sultan. Sejak di bangku sekolah lagi dah baca bagaimana Tun Perak membuka pintu Kota Melaka, Penderhakaan Si Jebat, dan pergolakan keluarga di raja sehingga menjemput campur tangan Inggeris. YM Tengku Abdul Rahman Putra Al Haj membuat filem berhubung Raja Bersiong. Para penggiat seni dengan filem Sultan Mahmood mangkat di julang, Jebat derhaka dan Hang Tuah. Sejak kecil kita telah di ajar dengan cerita - cerita begitu, sudah tentu selepas berumur kita boleh bercerita dengan lebih baik lagi. Kini rakyat telah berani memberi amaran kepada Raja bahawa takhta mereka akan lenyap sebagaimana negara lain di dunia. Ada yang telah berani memberitahu Raja bahawa gaji Raja di bayar oleh rakyat dan menuduh Raja telah menderhaka kepada rakyat. Ini tulisan dari anak Melayu sendiri. Bagaimana pula tulisan bukan Melayu yang mempertikai hak Raja dari sudut undang - undang mengikut tafsiran mereka pula?

Kisah bermula apa bila dua ahli dewan keluar PR sehingga hilang kuasa majoriti. Adat Demokrasi mana - mana di dunia jika hilang majoriti, mereka kehilangan kuasa. Mereka yang mendapat sokongan terbanyak yang layak. Oleh kerana kedua - dua ahli dewan menyokong Barisan, Barisan lah yang menangi kuasa di dewan. Dan yang menang sewajarnya mengetuai pemerintahan negeri. Ini bukan pasal pecat atau tidak. Jika keadaan seri, wajar dewan di bubar.

DYMM Sultan Perak adalah pengamal undang - undang. Sudah tentu DYMM Sultan telah membuat justification sebelum membuat keputusan. Baginda di antara pengamal undang - undang yang di hormati bukan sahaja di negara ini malahan di kalangan negara - negara Commonwealth. Sudah tentu implikasi telah di kaji begitu mendalam melalui pengalaman yang ada pada Baginda. Perkara ini telah di serah kepada undang - undang. Tidak wajar dia masih di bahas oleh mereka yang tidak arif dalam bidang tersebut. Sebagaimana kita tidak senang dengan orang yang tidak arif membahaskan perkara yang berkaitan akidah dalam agama.

UMNO merampas juga adalah tidak tepat. Merampas, adalah mengambil hak orang lain. Jika mereka telah keluar, dan UMNO mengambil kesempatan itu, itu adalah wajar. UMNO juga ada tanggungjawab terhadap pengundi mereka. UMNO akan di anggap tolol oleh pengundi mereka kerana membiarkan kuasa yang telah wajar mereka perolehi terlepas begitu sahaja. Bila kita memekik hak undang - undang, Raja berpelembagaan, kenapa pula hak yang wajar ini pula di persoalkan. Apakah UMNO telah melanggar undang - undang?

Bagi pembangkang, orang paling berkuasa dan wajar di hormati hanya DSAI. Raja atau ulama tidak boleh menandingi pemimpin mereka. Sesiapa juga yang tidak bersetuju atau mempunyai pandangan yang berbeza adalah orang yang mesti di tentang habis - habisan. Itu falsafah pemimpin mereka. Jika SS Mufti Perak, Dato' Harunsani Zakaria, pernah mengeluarkan pendapat berhubung kes liwat, SS Mufti di puji dan di anggap ulamak yang paling unggul. Apabila bila menyuarakan jangan menderhaka kepada sultan, balasannya ialah maki hamun.

Kata Dato Isa Samad, TS P. Ramlee telah pun mengesahkan perbincangan parliament di bawah pokok, dalam siaran debat di TV9.

Jangan terlalu berimosi. Bagi saya, saya telah di hujung jalan. Jika ini pilihan anak - anak saya, maka itulah corak yang akan mereka perolehi pada masa hadapan.

Wallahualam.