Tuesday, March 3, 2009

TALQIN DAN SI PENCURI...

9.30 malam (1 Mac) ketika kami tiba dari Melaka, kelihatan tingkap rumah terbuka dan grillnya terkopak. Rupanya ada pencuri yang masuk ke rumah. Antara barang yang hilang ialah 2 hand phone, duit raya anak-anak dalam RM200, broadband (modem internet.. Locker almari dikopaknya.. Macam kerja budak-budak je.. Tak tahulah apa nak dibuat..

Malam itu juga ada kematian di Taman Yayasan, saya terpaksa membatalkan niat berziarah sekadar untuk menenangkan keadaan.

Isnin pagi, setelah habis kelas jam 10, pulang untuk uruskan jenazah Puan Nor binti Awang. Saya imamkan solat jenazah dan talqinkan di perkuburan Berata sebelum pulang ke rumah membuat laporan polis. Ketua Polis Balai Buloh Kasap, Tuan Yusof sendiri datang ke rumah melihat itu dan ini sebagai prosedur biasanya. Dan tindakan polis nampak cepat dan pantas.

Insp Norilawati dari IPD Segamat berkali-kali menelofon untuk mendapatkan laporan saya. Selepas waktu pejabat, baru saya berkesempatan bertemu orangnya membuat laporan. Sesekali berurusan dengan pihak polis, kita akan lebih memahami tugas dan tanggungjawab mereka.

Ini yang boleh mendorong kami untuk lebih cepat bertindak khasnya dalam menggiatkan aktiviti Kepolisan Masyarakat (Polising Community) yang telah ditubuhkan di TY dan saya salah seorang jawatankuasanya.

7 comments:

Ahmad Nawawi said...

Ins Norilawati; 0176325209

Anonymous said...

Salam Ustaz

Walau diuji sebegini, Ustaz Nawawi tetap ceria seperti biasa...masih sempat berjenaka...

Kes pecah rumah Ustazah kita tu masih belum ada berita...bukan kerja mudah menangkap mereka yang terlibat

Noraini Ismail

Fasiha said...

Entah le Ustaz...pencuri2 ni, suka betul mereka ni buat kerja yg susah2..

Family saya pun ditimpa musibah spt ini, minggu lalu..

Syukurlah, walau ada yg kehilangan ttpi nyawa kita masih dilindungi..

Anonymous said...

salam,
Harap orang diluar lebih memahami kerja polis jangan asyik menghentam dan mengkritik saja,saya yang anak polis dan berkahwin dengan polis sesungguhnya lebih memahami kesukaran yang dialami,dari ibu saya hinggalah ke hari ini...

Anonymous said...

salam..
ustaz tetap ceria cm selalu..

Melihat Kesunyataan said...

Ustz.,
Baru-baru ini kereta saya juga ada orang yang cuba kopak pintunya. Tapi nasib baik tak dapat nak buka. Bahagian kunci pada pintu kereta sahaja yang rosak. Kena ganti. Rupanya mahal, habis RM300 untuk ganti. Sebelum ni ipar saya pula hilang kereta semasa pergi jemputan kerja kahwin. Sampai sekarang tak jumpa. Orang macan ni pun ada.

Abdul Ghani Bin Rahmat said...

Dia nak uji "Polising Community",kot. Jelas Pasukan ini di perlukan.