Thursday, March 26, 2009

TAHNIAH PENERAJU UMNO BARU 2009

Tahniah kepada barisan kepimpinan baru UMNO yang terpilih. Khairi Jamaludin menerajui Pemuda menumpaskan pesaingnya Khair Toyo dan Mukhriz Mahathir, sementara Wanita diterajui muka baru; Shahrizat menjatuhkan orang lama Rafidah Aziz. (Adakah akan tamat era politik Rafidah, atau dia kena pencen?)

Sementara itu, Puteri pula diterajui orang baru dari seberang... Tahniah.

Apa yang penting ialah kemampuan UMNO melangkah jauh, bersaing dan menongkah arus perdana yang semacam anti dengan perjuangan UMNO.

Dalam wawancara dengan Datuk Seri Ibrahim Abu Shah lewat TV1, beliau menegaskan pada saat UMNO yang kritikal, mereka perlu berubah dan menggunakan medium alternatif untuk memangkis serangan lawan. Idealisma UMNO yang ada perlu diterjemahkan dalam bentuk realiti; membumikan UMNO ke akar umbi.. Seperkara lagi ialah UMNO perlu memperkasakan latihan dan perkaderan khasnya kalangan remaja. Ia semacam tidak dihiraukan langsung selama ini... Remaja kita asyik digula-gulakan dengan hiburan tanpa membina prinsip jati diri dan pemurnian agama, akhirnya remaja mencari alternatif lain untuk berpegang.

Begitulah realitinya, namun mampukah Najib dan kepimpinan UMNO baru ini membawa perubahan? Saya kira mungkin Khairy lebih berani membawa perubahan dan dia sememangnya mewakili generasi muda yang berani dan layak bersama pengikut remaja.

1 comment:

sapien said...

Setiap kali selesai pemilihan pemimpin dalam UMNO maka bermacam-macam agenda yang keluar bagi menunjukkan bahawa pemimpin yang baru dipilih mempunyai visi dan misi bagi memantapkan UMNO.

Setelah Presiden UMNO bersilih ganti yang tinggal hanyalah misi. Tiada isi. Bangsa Melayu masih ditakuk lama. UMNO yang dilebelkan sebagai pejuang Melayu hanyalah menjadi pejuang yang layu. Yang boleh dilihat hanyalah kemunculan pelapis kontraktor jutawan. Penjual kereta mewah dengan permit AP. Syarikat hakmilik ahli UMNO yang hanya mengharapkan projek dari UMNO. Dimanakah kedudukan lebihan Melayu yang lain.

Remaja Melayu yang menjadi penagih dadah, yang terlibat dengan unsur jenayah, remaja perempuan Melayu yang terlibat dengan seks bebas seperti yang boleh dilihat didalam internet boleh dikatakan ribuan klip video yang memaparkan remaja Melayu. Masalah moral pelajar yang semakin teruk dan ekonomi keseluruhan orang Melayu dari golongan yang mempunyai pelajaran pada peringkat menengah boleh dikatakan lebih teruk.

Transformasi hanya berlaku dalam UMNO, kepada ekonomi ahli UMNO diperingkat atasan dan adakah moral ahli UMNO lebih baik selepas itu?. Semakin parah.