Wednesday, April 29, 2009

MOHD ASRI KAMIL

Ramai kawan-kawan kita semasa bersekolah dahulu. Ada yang terlalu rapat dan ada yang datang dan berlalu begitu sahaja. Rakan saya seorang ini terlalu lama tidak ketemui, hilang khabar entah di mana. Saya bersekolah sekali dengan Asri di Maktab Mahmud semasa tingkatan 1 - 3. Dia pernah tinggal di Kuala Kedah dan membawa roti untuk dijual pada setiap pagi ke sekolah, dan selalunya basnya lewat sampai dan dia akan ditahan oleh pengawas. Kami akan berebut membeli rotinya...

Semasa tingkatan 2 - 3 dia tinggal serumah dengan saya di 378 Lorong Molek, Spg Kuala, Alor Setar. Semasa Tingkatan Empat, saya berpindah ke Kolej Islam Kelang dan khabarnya entah di mana hingga kini. Saya mendapat tahu dia berpindah ke Perak (Taiping?) dan sesekali imbauan kenangan bersamanya masih segar dalam ingatan..

Di manakah si Asri?

No comments: