Monday, May 4, 2009

PAKA..








Hari Keluarga SMK Seri Kenangan diadakan di Paka semperna cuti hari pekerja baru-baru ini. Perjalanan gerombolan mengambil masa empat jam dari TY dan kami sempat solat Jumaat di Masjid Jamek Paka yang penuh sesak jemaahnya.

Menginap di Rumbia Chaley berkongsi dengan famili CIkgu Shikin, memang menarik. Anak-anak lepas bebas mandi kolam, walaupun kolamnya bahaya kerana tile dalamnya terkopek dan mencederakan ramai anak-anak kami...

Aktiviti ringkas sahaja.. Petang itu mereka bakar ikan, dan kaum lelaki belayar ke tengah laut mencadat sotong. Dua buah bot digunakan, dan ramai yang pertama kali mencadat sotong. Rupanya ramai yang datang dengan tangan kosong untuk mencadat sotong, termasuklah saya.

Meredah lautan luas dengan bot nelayan mengingatkan saya akan perjalanan ke Pulau Aur dari Mersing yang mengambil masa empat jam lamanya... Perjalanan petang ini hanyalah sejam lebih ke lubuk ikan..

Ikannya tidaklah seberapa, sotongpun tidak mahu timbul hanya penat mencadat dari pengalaman pertama kali. Kami pulang awal sekitar jam 11.30 dan tiba di jeti jam 12.45. Makan malam kami dengan nasi kukus ayam penyek di pekan Paka. Berselera.

Sampai ke chelay jam 2 pagi ketika rintik hujan mula turun mencurah.

No comments: