Friday, April 17, 2009

PERJALANAN HIDUP DAN KETENTUANNYA

Kursus Pengucapan Awam dan Protokol Majlis anjuran UPENA telah lama kami rancang. Pada awalnya dijangkakan pada 4 - 5 April, tetapi terpaksa ditunda kerana pembimbingnya dipanggil ke majlis lain. Ditunda pula ke 18 - 19 April 2008 dan kami telah membuat persediaan sewajarnya.. Pihak Fasiliti telah menyiapkan kerusi dewan dengan serba lengkap ..

Petang Jumaat ini, dijangka jam 4.00 kami akan bertolak ke PJ untuk menjemput pembimbing bengkel, Dato' Mahadzir. Dato' memaklumkan pagi tadi supaya menjemputnya selepas jam 8 malam kerana beliau ada funtion lain. Dalam perjalanan ke pejabat selepas solat Jumaat, Sdr Ainol memaklumkan bahawa Dato tidak dapat datang dan bagaimana program kami besok?

Dan kami terpaksa mencari beberapa nama sebagai pengganti, namun dalam saat akhir seperti ini, tiada siapa yang bersedia mengisi slot besok dan lusa..

Akhirnya kami terpaksa membuat keputusan untuk MEMBATALKAN program berkenaan...
Begitulah rentetan perjalanan hidup.. dan amat manis apabila Dr Ruhaya Atan yang dapat kami temui pagi tadi dan memaklumkan akan datang berkunjung ke rumah saya.. Best tu..

1 comment:

Muhammad Khalid said...

Salam, ustaz.
Sabtu & ahad masa untuk jenguk orang rumah di putrajaya. Kerana berminat dengan program ni, orang rumah redha tak jumpa minggu ni. So dia arrange untuk siapkan kerja di pejabat.

Mula memang frust juga tapi pagi tadi dapat msg dari reena,.. ibu boss lama dipanggil Allah.

Mungkin kalau dah balik putrajaya memang tak sempat nak ziarah tapi masih ada di segamat, Alhamdulillah. Ada baiknya....