Thursday, April 2, 2009

PERWAKILAN DAN...


Datuk Mustafa Muhamad, MT yang mendapat mandat tertinggi perwakilan

Bukan kami mahu menghukum, tidak juga untuk menjatuhkan keaiban perwakilan UMNO seluruh negara dalam persidangan baru-baru ini. Tetapi itu yang terjadi kepada kami.. Sebenarnya kami tidak nafikan, ia berpunca daripada masalah kami juga.

Projek kajian kami ialah Islam Hadhari pasca PRU12 dan sasaran responden kami daripada kalangan cendikiawan Melayu, termasuklah kepimpinan Melayu. UMNO adalah lubuk kepimpinan Melayu, walaupun ramai lagi bukan UMNO yang menjadi pemimpin. Kesempatan Persidangan Agung UMNO membolehkan kami mendapatkan sedikit maklumat dan mensasarkan orang-orang UMNO sebagai responden Melayu.

Pihak Sekritariat Perhimpunan Agung UMNO membenarkan kami menjalankan kajian ini setelah melihat soal selidik yang disediakan. Maka kami edarkanlah soal selidik berkenaan pada pintu masuk perwakilan sejak awal pagi jam 8.30 pagi. Kami mengedarkan 1000 soal selidik dan mengharapkan mereka akan mengisi semasa sesi perbahasan dijalankan, dan kami akan mengutip kembali setelah tamatnya majlis.

Sehingga jam 2.00 petang tamatnya persidangan, kamipun menunggu dan mengharapkan banyak soal selidik yang dipulangkan. Namun amat malang apabila kami kutip kembali hanya 43 sahaja yang terisi dan selebihnya hilang atau tidak terisi langsung! Borang kosong! Amat kecewa melihatkan kerjasama pihak perwakilan yang tidak mahu mengisi soalan berkenaan sedangkan ia berkait langsung dengan Dasar Kerajaan UMNO; Islam Hadhari.

Inikah selayaknya mentaliti kepimpinan (seluruh negara) tentang dasar kerajaan dan saya tertanya sendiri; apa yang orang UMNO mahu selain wang dan wang dan wang? Tanpa wang tak jadi kerja? Saya harap itu tidak benar sama sekali.

1 comment:

Dziauddin said...

ustaz, saya cadangkan bagi pen utk responden. Manusia tetap manusia. Mereka mahukan sesuatu utk memotivasikan mereka. Saya sendiri berbuat demikian dan hasilnya begitu memuaskan setakat ini. Budget pen boleh dituntut melalui budget penyelidikan kita. Di GIANT sekitar RM12.99 utk 25 batang pen yang agak baik kualitinya. Sekadar cadangan.