Monday, April 13, 2009

SOLAT JAMAK DAN QASAR

Seorang rakan meminta saya masukkan panduan solat jamak dan qasar kepada yang bermusafir (berjalan). Mudah sahaja;

Qasar bermaksud pendek, iaitu memendekkan solat. Solat 4 rakaat sahaja yang dibenarkan qasar; Zohor, Asar dan Isyak. Maghrib dan Subuh tak boleh diqasarkan lagi.

Jamak pula ialah himpun; menghimpunkan dua solat dalam satu waktu. Dua pasangan solat sahaja yang boleh dijamakkan; antara Zohor dan Asar; Maghrib dan Isya.

Bagi yang bermusafir dengan jarak dua marhalah (98KM @ 100KM), bolehlah melakukan solat jamak atau qasar atau dijamakqasarkan sekali.

Contohnya dalam satu perjalanan ke destinasi A, kita singgah sebentar di hentian rehat dan telahpun masuk waktu zohor. Lakukanlah solat Zohor 2 rakaat dan setelah salam, teruskan solat Asar dua rakaat lagi. Cuma dalam solat Zohor tadi, hendaklah diqasadkan (ada niat) hendak solat Asar selepasnya.

Banyak lagi isu solat jamak qasar ini, ringkasnya Allah memuliakan mereka yang solat jamak dan qasar kerana ia adalah hadiah daripada-Nya.

No comments: