Tuesday, May 12, 2009

DAN AKHIRNYA..

Setelah mahkamah mengistiharkan Mohd Nizar kekal sebagai Menteri Besar Perak, ada beberapa kesan menarik untuk direnung. Jika media dan UMNO sebelum ini menempelak dan memperbodohkan rakyat, apakah kesan sebaliknya daripada keputusan mahkamah ini.

1. Apakah bodoh lagi orang yang berbaring di atas jalan raya itu, kerana tindakannya untuk mempertahankan hak kerajaan yang disokongnya? Sedangkan mungkin itulah yang termampu dibuat bagi menunjukkan protesnya kepada keadilan yang dirampas. Sedangkan anggota keselamatan di bawah kawalan pusat sepenuhnya mana mungkin hendak ditentang, dilawan..

2. Apakah bodoh juga ADUN bersidang di bawah pokok? Tentunya tidak kerana itulah kebenaran hak mereka yang berkuasa pada asasnya

3. Bagaimana pula kereta Toyota Camry yang dijual/dilelong oleh Zambry, adakah ia sah @ legal?

4. Adakah semua tindakan MB Zambry (yang digelar MB Haram oleh media pembangkang) selaku MB itu valid selama 4 bulan berpanjangan?

5. Siapa pula yang memperbodohkan sultan dan istana, adakah BN atau PKR? Siapakah yang memperalatkan istana sebenarnya dalam hal ini?

6. Tragedi di Dewan pada 7 Mei lalu, siapakah sebenarnya rakus, tamak, tidak bermoral dan derhaka kepada raja.. adakah BN atau PKR?

Seperti kata Dr Mahathir mengenai tragedi di Perak, BN terlalu gelojoh dalam merampas kuasa di Perak. Adalah lebih mudah membuat undi tidak percaya di Dewan daripada bertindak di luar dewan dengan pengaruh kedudukan dan keakraban hubungan dengan istana.

Krisis di Perak akan berpanjangan tiada sudahnya. Kita harapkan baik BN mahupun PKR sudah-sudahlah tu bertingkah. Cukuplah dengan keputusan mahkamah itu dan kembalikan kepada rakyat bagi menentukan kembali kekuasaan sebenar pemerintah di Perak, bukankan itu yang terbaik?

Walau apapun yang terjadi, kita harapkan umat Melayu kembali dapat bersatu, bersatu atas rasa kasih dan cinta pada agama dan bangsa. Kesatuan yang hakiki yang mahu kita tegakkan, bukan sekadar parti A dan parti B bersatu atas nama sedangkan hati dan hadaf perjuangan tidak ke mana.

Soal mematangkan pemikiran politik kalangan orang Melayu masih sukar hendak dibina. Orang Melayu masih beranggapan politik itu adalah segala-galanya, politik itu adalah raja yang tertinggi yang perlu dijaga, sedangkan politik adalah wahana atau wadah perjalanan untuk mencapai satu matlamat yang lebih besar, iaitu KEREDAAN ALLAH dan KEADILAN rakyat. Politik dan kepartian bukanlah segala-galanya. Belajarlah dari orang Cina yang menjadikan parti itu hanya saluran untuk survival bangsa, bahasa serta budaya/agama mereka.

1 comment:

Ular Menyusur Akar said...

Hee....Hee...... Jangan buat keputusan dahulu, jangan memperbodohkan dahulu. Masih ada satu babak lagi. Kalau percaya kan perlembagaan, jangan kejap menerima keputusan dan sekejap pula menganggap memihak. Dalam menyatakan hak sultan di dalam dewan perundangan mari kita surut program Hujan TV9, Episod 14, bertajuk Berlaku kah penyelewengan demokrasi di negara kita demi agenda politik?

Pengacara: Dr. Muhammad Agus Yusoff
Panel 1: Dato Bong Moktar Radin (Ahli Parlimen Kinabatangan)
Paner 2: Dr Tan Seng Giaw (Ahli Parlimen Kepong)
Panel 3 Prof Dr Muhammed Mustafa Ishak (Professor Politik dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara)
Dalam pembukaan rancangan Dr Muhammad Agus mengulas; "Dalam buku The Prince, Niccolò Machiavelli menyatakan, politik berkait dengan 3 hak.

Memperolehi,Mempertahankan hak
Memperluaskan kekuasaan.
Dalam mengulas konsep demokrasi pula, Prof Dr Muhammad Mustafa berhujah, "Konsep demokrasi amat mudah. Kita kena faham demokrasi berparlimen atau dewan undangan negeri yang membentuk kerajaan itu. Itu prinsipnya. Ertinya, Mana - mana - mana pihak, mana -mana parti yang terkuat yang boleh menguasai atau yang mendapat majoriti dalam Parlimen atau Dewan Rakyat dia lah yang membentuk kerajaan. Tetapi kalau kita faham demokrasi berpelembagaan, raja itu sebahagian dewan perundangan. Itu kita kena lihat bagaimana kita mentafsir peranan raja itu pula. Raja adalah sebahagian dewan Perundangan"