Wednesday, May 13, 2009

SHARIFAH ALIMAN

Antara penggerak UiTM Johor dalam berbagai aktiviti adalah Puan Sharifah Aliman yang lebih dikenali sebagai Ana. Biarpun orangnya kecil sahaja, tetapi daya usaha kerjanya tiada sempadan. Saya mula bekerja dengannya sewaktu menjadi Presiden Kelab Pensyarah dan banyak buletin (Da Vista) yang diterbitkan hasil usaha beliau.

Selain PEWANI, acara sukan, konferensi, pentadbiran koordinator dan banyak lagi yang dicorakkan oleh puan Ana. Semalam menghadiri jamuan perpisahan dengan Ana, katanya orang lelaki tidak memahami wanita sebaik wanita memahami kalangan mereka sendiri.. dan satu lagi sentuhannya, perlunya keikhlasan dalam bekerja, restu para suami untuk sebarang aktiviti luar dan beberapa amalan zikir untuk diamalkan..

Selamat bertugas di tempat baru dan semoga terus cemerlang walau di mana sahaja berada.

Reriang bergema di Tanjung Aru
puncakmu tinggi si Gunung Ledang
Pemergianmu Ana, kami terharu
Sumbang baktimu sentiasa dikenang

1 comment:

sharifah aliman said...

PM Ust Nawawi

Pertama: Saya ucapkan tahniah sebab Ust dah dianugerahkan Profesor Madya.
Kedua: Saya baru terbaca di blog ustaz. Bila saya baca ni..banyak benda yang saya buat dulu...saya sendiri terlupa. Terharu bila membacanya.

Doakan saya berjaya dalam PhD saya.