Tuesday, May 19, 2009

KOMPANG ANAK-ANAK

Sudah tiga minggu rumah kami dijadikan pusat melatih anak-anak muda di TY bermain kompang dan gurunya ialah En Ghani. Ia sebahagian lagi aktiviti surau dan komuniti, khasnya kepada anak-anak remaja dan secara langsung dapat mengumpulkan mereka dalam satu aktiviti.

Kompang adalah warisan tradisi Melayu, malangnya tidak ramai yang tahu bermainnya. Banyak lagi warisan Melayu yang hilang dan hampir pupus. Puncanya kerana orang Melayu sendiri tidak sayang dengan tradisi Mereka, sedangkan orang Cina satu titikpun budaya mereka tidak terhakis.

Bermain kompang tidaklah semudah disangka. Ada paluan 'lalu' dan ada paluan 'tingkah'. Ditambah pula dengan paluan gendang besar dan alatan lain, tentunya akan memperindahkan lagi irama kompang. Falsafah besar pada permainan ini ialah KERJASAMA kerana jika hanya seorang pemain sahaja, tidak membawa apa-apa lagu sebaliknya perlu melibatkan ramai orang. Ramai orang pula punyai peranan tersendiri. Tidak ada seorang pun yang boleh memukul ikut suka hati yang akan mencacatkan iramanya. Begitulah tingginya falsafah Melayu pada permainan kompang.

Jom berkompang.. (Saya sekadar mencetuskan idea kumpulan ini yang melibatkan 20 anak-anak remaja di TY)

No comments: