Thursday, May 21, 2009

NASYID KINI dan FESTIVAL NASYID SELATAN

Semalam berakhirnya FENAS anjuran IRAMA UiTMJ yang dimenangi kumpulan UPSI dan UiTM Johor tempat ke dua. Tahniah kepada pemenang dan tahniah kepada penganjur yang berjaya mengumpulkan 16 pasukan yang mengambil bahagian.

Lama juga tidak mendengar alunan nasyid 'secara langsung' seperti ini. Mendengarkan alunan zikir kepada Tuhan, nasihat dan ingatan bisa meruntun jiwa dan memberi maksud tersendiri. Namun nasyid hari ini terbeban dengan NASIHAT yang terlalu berat hingga melupakan konsep hiburan dan nasyid.

Pada saya, seni kata nasyid tidak perlu panjang yang sukar ditanggapi pendengar. Cukup dengan 4 rangkap untuk membawa mesej kepada pendengar. Rangkapan ini boleh diulang-ulang hingga terkesan di hati dan ia lebih baik daripada seni kata yang panjang dan tidak boleh diikuti (dan difahami pendengar.

Di sinilah letaknya kehebatan nasyid dahulu dengan nasyid sekarang. Kumpulan nasyid dahulu seperi Al-Mizan, El-Suraya, Al-Jawaher dan banyak lagi yang menampilkan seni kata ringkas dan bersahaja. Mesej di sini jelas dan mudah difahami. Contohnya kita perhatikan seni kata nasyid 'Perjalanan 2' bikinan M. Nasir dendangan Al-Jawaher; (Dan ini sahaja rangkap seni katanya);

"Urusanku belum selesai belum kutemui sinarnya
hendaknya dalam perjalanan ini kau bekalkanku al-Fatihah
Dengarlah suara memanggil bagai bersenandung
sedarlah perjalanan kita hampir tamat
sampaikan hasratku pada mereka yang soleh, ulama
katakan ku ingin memohon keredhaan-Nya
Aku pohon keredhaan-Nya."
Perulangan pada kalimah 'aku pohon keredhaan-Nya' memberi mesej keinsafan yang mudah dan jelas difahami. Selamat bernasyid.

No comments: