Monday, May 4, 2009

KUALA KEMAMAN

Kami berangkat pulang seawal pagi meninggalkan Paka. Tiba di Kemaman, saya mencari jalan ke Kuala Kemaman yang terkenal dengan keropok leko, sata, ikan bakar dan otak-otak yang sedap sekali. Malangnya kedai berkenaan belum dibuka lagi.

Beberapa warung keropok lekor kami singgah dan merasai keenakan otak-otak Kuala Kemaman yang tersendiri dan enak bangat. Isi ikannya tidak dihancurkan seperti otak-otak Kempas yang lebih terasa 'fish ball' berbanding ikannya.

Singgah makan tengah hari di Muadzam Shah dan sampai ke rumah jam 2 petang. Syukur Alhamdulillah kerana banyak yang menarik dapat diisi dalam perjalanan ke Paka dan KT. Tentunya Muhaimin, anak rakan saya turut gembira dengan perjalanan ini..

(Semasa kami keluar, saudara Hadi meracun kelalawar di rumah ini.. mengecat rumah sewa yang sungguh kemas buatannya).

No comments: