Tuesday, May 5, 2009

MASBUQ DAN MUAFIK DALAM SOLAT

Pada solat berjemaah akan kita hadapi situasi masbuq dan muafik.

Muafik berlaku pada keadaan makmum bersama imam sejak awal rakaat; bertakbir bersama imam, atau pada rakaat ke dua dan seterusnya, bertakbir pada ketika imam baru sahaja berdiri pada rakaat berkenaan.

Pada keadaan muafik, makmum hendaklah menghabiskan bacaan al-fatihahnya sehingga dua rukun panjang iaitu rukuk dan sujud yang pertama, jika bacaan fatihahnya lambat..

Masbuq pula berlaku pada keadaan makmum lewat masuk, lewat bertakbir sama ada pada rakaat pertama atau pada rakaat berikutnya; iaitu pada keadaan imam telah berdiri dan membaca ayat...

Pada keadaan ini, makmum tidak perlu menghabiskan bacaan fatihahnya, malah wajib menuruti imam apabila imam rukuk.

Bagi yang masbuq, mereka perlu segera niat dan bertakbir dan terus membaca al-fatihah (bacaan wajib), tanpa perlu membaca doa iftitah (kerana ia adalah sunat).

Selain itu, mereka yang masbuq hanya dikira mendapat rakaat berkenaan (satu rakaat) sekiranya sempat rukuk bersama imam. Jika tidak sempat rukuk bersama imam, maka rakaat itu tidak dikira dan hendaklah ditambah setelah imam memberi salam.

Wallahuaklam. (jika tidak betul, mohon diperbetulkan)

No comments: