Wednesday, June 10, 2009

8 JUN; FUTSAL TY

Isnin 8.30 pagi kami menjadi penganjur bagi kejohanan futsal remaja terbuka Taman Yayasan anjuran bersama RUkun Tetangga ( En Rahman Mohd) dan Surau AlMuhajirin. Ramainya peserta yang hadir dengan 12 pasukan yang bertanding kategori 15 tahun ke bawah dan ke atas...

Kerana ramainya pasukan, maka perlawanan dilanjutkan hingga ke 3 petang dan pemenangnya ialah pasukan Ole FC menewaskan Pasukan Selipar Putus.. Walau apa pun, tahniah kepada penganjur dan peserta yang sanggup berusaha gigih menjayakan program ini..

Di sinilah terletaknya kehebatan Surau Al-Muhajirin yang mampu menarik minat remaja mendekati jemaah. Memang tidak semua remaja berkenaan akan datang ke surau, tetapi dalam hati mereka telah tersemat jasa dan sumbangan surau kepada mereka... Semoga bibit keimanan dan keislaman terpancar pada suatu hari kelak.. Kita hanya mampu berusaha..


Petang itu, kami sekeluarga berangkat pulang bercuti di kampung SUngai Nibung, Sekinchan..

Diam tak diam rupanya sudah 6 bulan kami tidak pulang ke kampung.. zalimnya kami... Kesian kat mak dan abah... Maafkan kami mak dan abah...

No comments: