Wednesday, June 10, 2009

9 JUN: MAKA DENGAN NIKMAT APAKAH LAGI YANG KAMU MAHU DUSTAKAN?

Melihat susuk tubuh abah yang kembali sihat, sudah cukup membahagiakan kami... Kasihan abah, dahulunya sakit kuat dan tubuhnya kurus kering.. Namun kini beratnya kembali bertambah dan normal... syukur..

Bawa anak-anak ziarah Embah Mar dan melihat pantai bolehlah melepaskan kekusutan tugas seharian...

Tengah hari itu Ustazah Zuina memaklumkan dia mendapat kenaikan pangkat DM54.. saya rakamkan penghargaan tahniah.. dan tidaklah pula saya mahu bertanya lebih lanjut tentang diri sendiri.. teka teki dan kerisauan memenjara diri hingga menjelang malam... "Ya Allah, aku dapat ke ni?

Selepas Isya, Prof MKI menghantar mesej ringkas... Tahniah PM.... dan saya menelefonnya bagi mendapatkan kepastian... Surat rasminya telah ada di pejabat....

Syukur, Alhamdulillah.. Syukur... Alhamdulillah... Maka dengan nikmat apakah lagi yang kamu mahu dustakan... sesungguhnya aku terlalu kerdil ketika menghitung nikmat Allah melimpah ruah..

Kukucup isteri dan anak-anak, emak dan abah... dan salam penghargaan tidak terhingga kepada semua terutamanya Prof Muhd Kamil Ibrahim, PM Yusri, PM Zaluddin, rakan-rakan yang banyak membantu dan menguja... esp Ust PM Zuina dan Dr Ahmad CY yang tidak jemu mendorong saya...